• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Mokhzani Dapat Kontrak TM 5 Hari Lepas PRU

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OPCOM Holdings yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mokhzani Mahathir memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia (TM), beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-14.

Mokhzani juga merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan.

Opcom dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah menerima surat penganugerahan kontrak “Rakan Unifi” pada 14 Mei.

Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Disember 2019, adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi.

“Penganugerahan ini dijangka menyumbang secara positif ke atas pendapatan dan aset bersih Opcom Group untuk tempoh penganugerahan,” kata syarikat itu dalam pemfailan Bursa.

Adik Mokhzani iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengasaskan Opcom dan memegang 25 peratus saham syarikat.

Opcom bagaimanapun berkata dalam kenyataannya bahawa “tidak ada pengarah dan pemegang saham utama Opcom dan / atau syarikat subsidiari atau mana-mana orang yang berhubung dengan mereka mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak (Rakan Unifi).”

Menurut The Star, saham Opcom melonjak 135 peratus sejak Mei dan pada Selasa ditutup 94 sen. – malaysiakini.com

Tags: Datuk Seri Mokhzani MahathirTelekom Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Makin Banyak Aset Negara Yang Dibina Masa BN Dijual

21/04/2021
0

Berikut penulisan dipetik pada FB Najib Razak DARI dulu lagi, Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar Telekom Malaysia (TM). Sebelum...

Telekom Malaysia Akan Jual Lebih Banyak Aset

18/03/2019
0

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) merancang akan melupuskan lebih banyak asetnya termasuk bangunan dan bank tanah untuk membuka nilai aset dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd