• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Malaysia Tak Mahu Lepas Peluang Raih Emas Sulung

oleh
31/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Skuad hoki lelaki kebangsaan berazam untuk tidak melepaskan peluang keemasan melakar sejarah merangkul pingat emas pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang sekali gus menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila turun berdepan Jepun pada aksi final di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, esok.

Ketua jurulatih, Stephen Van Huizen mengakui barisan pemainnya kini bermotivasi tinggi selain sudah bersedia dari segenap segi untuk menggalas cabaran negara berdepan pasukan yang mencipta kejutan menumbangkan antara jaguh Asia, Pakistan pada aksi separuh akhir semalam.

Katanya, beliau turut memastikan kesilapan pasukan yang meraikan kejayaan terlalu awal pada edisi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China di mana Malaysia pertama kali melangkah ke pentas final tidak akan berulang untuk kali kedua.

“Saya masih ingat di mana barisan pemain kita gembira ketika itu selepas mencipta kejutan dengan menundukkan pasukan pilihan, India sekali gus mara buat pertama kali dalam sejarah hoki negara di pentas Sukan Asia.

“Saya akui sikap tersebut menghukum kami pada perlawanan akhir dan saya harap ia tidak berulang lagi pada aksi final menentang Jepun nanti,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Pada temasya edisi 2010, skuad negara yang diberi jolokan ‘Malaysian Tigers’ meraih pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Pakistan dalam aksi final

Di atas kertas, Malaysia yang mara ke final selepas menewaskan India pada aksi separuh akhir semalam selain menduduki ranking ke-12 dunia dianggap sebagai pasukan pilihan untuk membawa pulang pingat emas berbanding Jepun yang berada di tempat ke-16.

Bagaimanapun, Stephen tidak mahu barisan pemainnya memandang rendah ancaman yang mampu dijelmakan Jepun andainya tidak mahu kempunan dan terlepas peluang dari menghadiahkan pingat emas kepada negara.

“Saya tidak mahu sikap terlalu yakin kerana kami masih belum meraih pingat emas, malah saya juga menyeru agar barisan pemain tidak memandang rendah keupayaan Jepun kerana dalam pentas final apa sahaja boleh berlaku,” tambahnya.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara hoki lelaki sepanjang penyertaan pada Sukan Asia dengan pencapaian terbaik adalah meraih pingat perak. – BERNAMA

Tags: hoki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd