PALEMBANG — Skuad sepak takraw negara gagal menyaingi kehebatan musuh tradisi Thailand setelah tumpas 0-3 pada perlawanan peringkat kumpulan di Ranau Hall, Jakabaring Sport City, hari ini.
Regu pertama negara yang diketuai Mohd Farhan Adam bermula perlahan serta gagal mendapat rentak apabila tewas dalam pertarungan tiga set 10-21, 21-13, 17-21.
Thailand tenyata berada di dalam kelas tersendiri apabila regu kedua negara mudah dijinakkan regu negara Gajah Putih itu dengan catatan mata 22-24, 21-11.
Seakan mahu memadamkan luka yang tercalar, regu ketiga negara turun dengan penuh bersemangat, namun kehandalan Thailand sukar digugat apabila mereka menewaskan regu terakhir negara dengan keputusan 21-14, 21-12.
Kekalahan itu menyaksikan skuad negara perlu menang dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menetang Korea Selatan, petang ini untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. – BERNAMA