• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B-23 Raih Pengalaman Lebih Berharga – OKS

oleh
25/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Walaupun gagal melangkah ke pusingan suku akhir, Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 (B-23) Datuk Ong Kim Swee mengakui skuad kendaliannya meraih pengalaman lebih berharga di temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Beliau berkata antara pengalaman yang diperoleh adalah empat perlawanan bermutu tinggi dalam saingan peringkat kumpulan termasuk menundukkan juara bertahan Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan E.

“Secara jujurnya kita memang kecewa di mana kita ingin ke peringkat lebih tinggi tapi pada masa yang sama kita dapat pengalaman yang berharga dan berguna iaitu empat perlawanan yang bermutu tinggi.

Yang positifnya dan menjadi kebanggaan kita ialah kita berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan kerana kita tahu mereka menurunkan pasukan yang bermain dalam Piala Dunia dan mempunyai bintang mereka tapi kita telah membuktikan kita mampu bersaing untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Seperti mana juga dengan pasukan Jepun semalam hingga minit terakhir kita tewas dengan sepakan penalti,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kalau skuad negara tidak bertanding di Sukan Asia, pemain B-23 tidak akan berpeluang untuk bermain dengan pasukan yang berkualiti.

Perjuangan skuad bola sepak B-23 negara dalam kempen Sukan Asia 2018 berakhir selepas tewas tipis 0-1 kepada Jepun yang mendapat sepakan penalti pada minit ke-88 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga malam tadi.

Ayase Ueda menyempurnakan sepakan penalti itu yang dihadiahkan kepada pasukan Jepun selepas pemain pertahanan negara Dominic Tan menjatuhkan Ueda, sekali gus meranapkan impian Malaysia melakar sejarah mara ke peringkat suku akhir.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata persiapan lebih rapi akan dilakukan bagi menghadapi kejohanan kelayakan Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) yang akan berlangsung pada Mac tahun depan.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan dengan pihak pengurusan termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Malah, Kim Swee turut menyuarakan hasrat untuk memperbanyakkan perlawanan persahabatan yang bermutu tinggi yang diakui memberi impak kepada skuad kendaliannya kali ini.

“Saya ada lebih kurang 10 pemain. Kita tahu pemain seperti Daniel Amier (Muhammad Daniel Amier Norhisham) dan Syamil Kutty (Abba), mereka masih boleh bersama kita. Majoriti pemain yang ada akan beri impak yang berlainan dan sudah tentu memberi satu pasukan yang lebih kuat.

Tapi kita perlu bersiap sedia daripada awal di mana kita tidak lagi boleh menunggu hingga saat akhir di mana hanya lakukan latihan selama seminggu atau dua minggu sebelum menyertai kejohanan kelayakan Piala AFC pada Mac tahun depan.

Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih rapi sebelum kita menyertai kelayakan dan selepas itu mengadakan banyak perlawanan persahabatan terutama di luar negara di mana kalau kita lihat pada tahun ini sahaja kita bermain sebanyak lapan perlawanan bermutu tinggi daripada Piala AFC di China dan Sukan Asia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd