Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KBS Bincang Tutup Sementara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti keperluan untuk tutup...

Jantung Anak Lana Nodin...

KUALA LUMPUR - Pelakon Lana Nodin berdepan detik cemas apabila jantung anak keduanya,...

Selangor Paling Banyak Terima...

KUALA LUMPUR - Selangor adalah penerima manfaat terbesar untuk peruntukan pembangunan dalam Bajet...

PM Arah 4 Agensi...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan empat agensi...

Silverstone Mohon Maaf

SILVERSTONE – Pihak pengurusan Sirkit Silverstone memohon maaf atas pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) British yang berpunca daripada hujan berlarutan, semalam.

Pengarah Urusannya, Stuart Pringle berkata, pihaknya bersedia untuk membatalkan perlumbaan lebih awal namun diyakinkan penganjur, Dorna bahawa pasukan bertanding sedia beraksi sekiranya keadaan semakin baik.

“Ia bukan keputusan kami untuk membatalkan perlumbaan. Ia berlaku di luar kuasa Silverstone dan adalah keputusan dilakukan pelumba dan Dorna selain Komisar Keselamatan dan Pengarah Perlumbaan.

“Satu perancangan dibuat pada pertengahan hari selepas rundingan bersama Dorna dan Pengarah Perlumbaan. Kami sentiasa memantau ramalan cuaca yang disediakan Jabatan Meteorologi yang sering kami hubungi pada sebelah tengahari,” kata Pringle.

Litar Silvertone menjalani proses penurapan baru-baru ini dan permukaan baharu itu dikatakan tidak cukup selamat untuk menganjurkan perlumbaan dalam keadaan trek basah.

“Apa yang kami lakukan bagi menjadikan Silverstone sebagai tempat lebih baik untuk perlumbaan motosikal sudah dilakukan.


“Kami akan melakukan siasatan lanjut mengenai perkara ini bagi memahami sama ada permukaan trek yang baharu ini menjadi sebahagian daripada punca ketidakupayaan bagi meneruskan perlumbaan.

“Kami akan menyemak semua data di trek bersama-sama kontraktor, pihak industri dan satu siasatan penuh akan dilakukan,” kata Pringle. – BH ONLINE

Kategori