• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silat Muncul Julung Kali Di Sukan Asia

oleh
15/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNCUL…. Acara pencak silat akan ditampilkan buat pertama kalinya dalam Sukan Asia edisi kali ini setelah 67 tahun temasya peringkat benua itu diasaskan di New Delhi, India pada 1951 lalu.

Malahan, Indonesia sebagai tuan rumah temasya sukan itu buat kali kedua selepas 1962 lalu, berharap ini akan merintis jalan bagi penyertaan silat dalam perlawanan peringkat tinggi seperti Sukan Olimpik Musim Panas.

Selain itu, republik terbesar di rantau Asia tenggara tersebut menaruh harapan supaya para atlitnya dapat membawa pulang pingat emas bagi acara berkenaan nanti sebagai hadiah hari kemerdekaan ke-77 tahun negara terbabit.

Sejumlah 22 atlit Indonesia akan bersaing dalam 16 acara, bagi menyaingi pasukan dari negara lain dalam kategori masing-masing tujuh lelaki dan tiga wanita, sementara yang lainnya akan bersaing dalam cabaran kategori seni.

Sarah Tria Monita, 23 tahun, juara dunia yang memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia 2016 dan pingat gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun lalu teruja dapat mewakili Indonesia untuk Sukan Asia.

“Pencak Silat berasal dari Indonesia, Sarah sangat bangga dapat mewakili cabang olahraga yang benar-benar berasal dari Indonesia dan pasti akan buktikan kesemuanya boleh menjadi juara keseluruhan di Sukan Asia,” kongsinya.

Meskipun demikian, sukan ini tidak terlepas daripada kontroversi. Ketika Sukan SEA tahun lalu, Indonesia tuduh Malaysia menipu apabila pasukan itu membawa pulang pingat emas dalam kategori seni artistik lelaki.

Untuk Sukan Asia kali ini, sebanyak 16 acara tersebut akan berlangsung di Dewan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta Timur dari 23 hingga 29 Ogos depan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: silatSukan Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd