• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Gerak Semua Bahagian Bantu Pas Di Seri Setia

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Semua bahagian UMNO Selangor akan digerakkan bagi memastikan Pas memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan perbincangan tidak rasmi di antara presiden, timbalan presiden dan beliau sebagai naib presiden parti itu, satu kata sepakat telah dipersetujui.

“Kepimpinan UMNO telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Pas bertanding di Seri Setia dan kita bukan sekadar hanya memberi laluan malah UMNO akan bekerja bagi memastikan kemenangan calon Pas di sana.

“Kami akan berbincang lebih lanjut dari segi gerak kerja yang akan dilakukan kerana di Sungai Kandis, Pas telah membuktikan keikhlasan serta sokongan mereka dengan cara memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Masjid An-Naim, Kampung Jalan Kebun, di sini, hari ini.

PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan tersebut, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau mengalu-alukan pendirian dan keputusan yang dilakukan UMNO Selangor.

“Perkara ini akan dibawa ke perbincangan di peringkat negeri serta pusat dan apa-apa pun keputusannya, kita mengharapkan sesuatu yang terbaik demi kekuatan dan pembangunan Melayu Islam di Selangor.

“Lagi pun kita melihat beberapa perkara yang agak menjengkelkan terutamanya dari segi ucapan kepimpinan kompenan Pakatan Harapan sekali gus ia menjadikan titik tolak bagi UMNO dan Pas bekerjasama,” katanya.

Pengarah Pilihanraya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, jentera Pas di Seri Setia pasti menanti-nantikan pengumuman rasmi mengenai perkara ini dan ia merupakan sesuatu yang positif dalam hubungan kerjasama di antara UMNO dan Pas.

“Tindakan Pakatan Harapan menjadi isu penting di Selangor dan apa yang lebih penting ketika ini adalah menguatkan suara pembangkang untuk memastikan proses semak dan imbang menjadi sesuatu yang baik untuk rakyat di negeri ini agar kuasa besar yang dimiliki komponen parti tersebut tidak akan disalah guna,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan kerjasama itu akan membuka lebih banyak kerjasama antara kedua-dua parti pada masa akan datang.

“Kami di Dewan Rakyat sering kali melihat pelanggaran janji-janji mereka seperti semalam, isu pemansuhan tol dikatakan tidak mungkin atau tidak pasti boleh dilakukan serta banyak lagi perkara berbangkit sedangkan janji-janji itulah yang membuatkan mereka dipilih sebagai kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobPRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MBIP Sita Lebih 30 Gerai Warga Asing Tanpa Lesen

Next Post

Suara Mirip Anwar 
Kritik Dr. M, Azmin Tular

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Suara Mirip Anwar 
Kritik Dr. M, Azmin Tular

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd