Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

4 Maut, Tempat Simpanan...

SEKURANG-KURANGNYA empat orang terbunuh sementara kira-kira 12 mangsa lain cedera akibat letupan di...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

KKM Laksana 5 Strategi...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini umumkan lima strategi utama di bawah...

Kuasa Melantik PM Oleh...

Memang tepat kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu...

Sarri Risau Courtois Tarik Hazard

HUDDERSFIELD – Detik 48 jam terakhir dalam pasaran pemindahan pemain meletakkan Chelsea berada dalam situasi mendebarkan, apatah lagi selepas mereka tewas di tangan Manchester City dalam pertembungan Perisai Komuniti, minggu lalu.

Kekalahan 0-2 menyebabkan pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri harus berdepan perbezaan yang ada antara kedua-dua pasukan itu, tatkala rakan sejawatannya, Pep Guardiola tampak lebih baik dan tajam berbanding kelab kendaliannya.

Sarri memegang kerusi itu kurang dari empat minggu dan perkara terakhir yang diperlukannya sebelum perlawanan pertama musim baharu di Hudderfield esok adalah mengatasi kebergantungan antara kelab dengan penjaga gol, Thibaut Courtois.

Keputusan Courtois untuk menjauhkan diri daripada kelab minggu ini dalam usahanya menggesa pemindahan ke Real Madrid mungkin membawa impak negatif di Stamford Bridge, sekali gus mengulangi kisah lama yang pernah dilakukan Diego Costa, 12 bulan lalu.

Namun Chelsea pantas bertindak balas dengan menandatangani Kepa Arrizabalaga dari Athletic Bilbao dengan 71.6 juta pound (RM374.66 juta) – satu rekod termahal dunia bagi penjaga gol – dengan kontrak selama tujuh tahun, sekali gus mencetuskan jalan keluar Courtois ke Real.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan bagi mendapatkan pemain Belgium, pemain Croatia, Mateo Kovacic ditukarkan sebagai ganti secara pinjaman jangka panjang.


Buat sebuah kelab yang terdesak untuk mempamerkan peningkatan selepas kempen mengecewakan yang berpunca daripada perbalahan antara jurulatih Antonio Conte dan kelab, pasukan mengakhiri musim dengan penamat di tangga kelima.

Kini, Sarri harus menunjukkan kemampuannya bagi menghalang Eden Hazard daripada mengekori jejak rakan sepasukan kebangsaannya ke Madrid, meskipun terdapat bayangan positif bintang Belgium itu akan terus kekal bersama kelab.

Courtois pernah menzahirkan keinginan untuk melihat Hazard menyertainya ketika hadir di Stadium Bernabeu.

“Eden mengucap tahniah kepada saya,” katanya. “Dia tahu ini adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan buat saya. Saya seperti sentiasa mahu berada di sisinya.

“Dia seorang pemain yang hebat dan sekiranya dia boleh berada di sini, ia akan menjadi sesuatu yang menarik.”- AFP

Kategori