• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Nafi Jet Pejuang Bom Sempadan Afghanistan-Tajikistan

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Sebuah pesawat Tajikistan atau Rusia mengebom daerah sempadan di timur laut Afghanistan ketika pertembungan antara lelaki bersenjata dan pengawal sempadan Tajik, menyebabkan enam lelaki bersenjata terbabit terbunuh selepas mereka membunuh dua pengawal.

Pertembungan merentasi sempadan jarang berlaku di sempadan Afghanistan dengan Tajikistan, berbanding di sepanjang sempadan timur dengan Pakistan.

Jurucakap polis wilayah Takhar, Khalil Asir berkata, tidak jelas jika ia pesawat Russia atau Tajikistan yang melakukan pengeboman kelmarin di daerah Durqad dalam wilayah Takhar namun lapan militan Taliban terbunuh manakala enam cedera.

Sementara itu, jurucakap gabenor wilayah Takhar, Jawed Hejri juga berkata, tidak jelas dari mana pesawat datang namun beliau berkata, enam yang terbunuh dalam pertembungan dengan anggota sempadan Tajik adalah penyeludup dadah.

“Identiti penyeludup dadah tidak diketahui,” kata Hejri.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengesahkan pertembungan itu namun berkata, ia meletus antara penyeludup dadah dan pengawal sempadan Tajik dengan pesawat mengebom kawasan hutan digunakan penyeludup terbabit.

“Kami sedang menyiasat perkara ini oleh kerana pejuang Taliban tiada kebenaran untuk bertembung dengan negara jiran.

Sementara itu di MOSCOW, agensi berita RIA memetik Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoygu sebagai berkata semalam, negaranya bukan dalang di sebalik serangan udara di utara Afghanistan dan pesawat tenteranya tidak menjalankan sebarang operasi berhampiran sempadan negara itu dengan Tajikistan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: jetRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd