• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Panjang 20 Pintu Terbakar

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUMAH panjang 20 pintu di Kampung Sungai Merah, Pantu, Sri Aman musnah dalam kebakaran hari ini, menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, berkata ketika kejadian 4.40 petang itu, kesemua penghuni sedang beristirehat sempena cuti hujung minggu sebelum menyedari kebakaran berlaku.

Katanya, cuaca panas dan kering menyebabkan api merebak pantas ke keseluruhan rumah, memaksa penghuni bergegas menyelamatkan diri.

“Mujur tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Kesemua penghuni bergegas berlari keluar dari rumah berkenaan, namun tidak sempat menyelamatkan barangan peribadi masing-masing.

“Bagaimanapun, punca dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anggota bertugas terpaksa menggunakan sumber air dari kolam ikan berhampiran bagi memadamkan kebakaran.

Sebagai langkah susulan, katanya, anggota bertugas turut melakukan pemantauan bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran, terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA). – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kebakaranrumah panjang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd