• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Berkumpulan & Menyamar Polis, Dua Dipenjara

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua sahabat hari ini masing-masing dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan terhadap lima tukang urut wanita warga Filipina dan menyamar sebagai anggota polis.

Hukuman tersebut dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Mahyon Talib ke atas Ahmad Noorshaees Ishak, 30, dan Mohd Affandi Hassan, 38, selepas kedua-dua tertuduh yang tidak bekerja itu mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Noorshaees dan Mohd Affandi didakwa bersama seorang lelaki yang masih bebas, melakukan rompakan itu dengan mengambil sembilan telefon bimbit, sebuah tablet serta wang tunai RM2,000 milik kelima-lima mangsa.

Mereka melakukan perbuatan itu di satu alamat di Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, Wangsa Maju, di sini pada 3.40 petang, 14 Ogos dan dakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Kedua-dua lelaki itu juga didakwa bersama seorang lelaki yang masih bebas menyamar sebagai seorang penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis serta menunjukkan gari kepada lima mangsa tersebut di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan kedua itu dibuat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan bagi tuduhan rompak berkumpulan dan juga penjara empat tahun, bagi tuduhan menyamar polis.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun diperintahkan menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap 15 Ogos lalu.

Ahmad Noorshaees dan Mohd Affandi tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi bertindak bagi pihak pendakwaan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: PenjaraRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd