• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM 35.4 Juta Jumlah Keseluruhan Dirampas

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM35.4 juta susulan penahanan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, jumlah itu membabitkan wang tunai RM950,000 dan wang tunai AS$6.3 juta (RM25.9).

“Wang itu ditemukan di beberapa lokasi termasuk enam kondominium di sekitar Lembah Klang serta beberapa premis pejabat.

“Kita masih mencari baki wang kira-kira AS$5 juta kerana dipercayai jumlah keseluruhan wang diseleweng adalah AS$12 juta,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Menurut Azam lagi, seorang ahli perniagaan warga Malaysia merupakan individu kesembilan ditahan reman membabitkan kes tersebut.

Katanya, Mahkamah Majistret di sini hari ini telah mengeluarkan perintah reman tujuh hari setelah dia ditahan di Kelantan pada pukul 11 malam tadi.

Semalam, Hasanah direman lima hari sehinhh Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna wang peruntukan dana kerajaan.

Hasanah ditahan kerana disyaki turut terlibat bersama tujuh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) termasuk timbalan ketua pengarah bergelar Datuk kerana menyalahgunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Wanita itu ditahan pada pukul 4.45 petang selepas hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa lalu.

Mahkamah Majistret sama pada kelmarin juga mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini terhadap tujuh pegawai PTD berkenaan.

Menurut sumber, kesemua suspek masing-masing menjawat Gred 44 sehingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tags: SPRMWang Tunai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd