Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Ganas, Pelajar Miliki...

SEORANG pelajar yang memiliki senjata api telah melepaskan tembakan mengakibatkan 10 orang maut...

Gosip Buat Pembedahan Paling...

TAK keterlaluan dikatakan Fazura merupakan antara selebriti wanita tercantik yang bertakhta di hati...

MB Perak Nafi Laporan...

SITIAWAN - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hari ini...

4 Gadis Berhijab Memukau...

ASIA'S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal pagi ini apabila penurunan harga minyak global menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan itu.

Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.0745/0775 daripada 4.0740/0770 yang dicatatkan pada paras penutup semalam.

Seorang peniaga berkata para pedagang bimbang penurunan harga minyak global akan mengurangkan hasil negara daripada sektor minyak dan gas, selain keadaan tidak menentu dalam perdagangan luar yang disebabkan oleh ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Minyak mentah AS turun 12 cents kepada US$66.82 setong, manakala penanda aras minyak mentah BRENT turun dua cents kepada US$72.26.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah kecuali berbanding pound British yang meningkat kepada 5.2443/2498 daripada 5.2567/5614 pada Rabu.


Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9876/9913 daripada 2.9870/9897, berkurangan berbanding yen kepada 3.6764/6801 daripada 3.6723/3756 dan susut berbanding euro kepada 4.7293/7340 daripada 4.7242/7293. – BERNAMA

Kategori