• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Bakal Diniaga 4.10-4.12 Berbanding Dolar US

oleh
25/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan lebih rendah dan berkisar antara 4.10 dan 4.12 berbanding dolar US minggu depan berikutan kebimbangan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat akan menjejaskan permintaan untuk mata wang tempatan.

Peniaga berkata, pembuat dasar Federal Reserve AS secara umumnya bersetuju bahawa kadar faedah perlu terus meningkat, dengan kenaikan kadar seterusnya dijangka pada September.

Sementara itu, Ketua Strategi Matawang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, ringgit ditutup minggu ini di bawah paras psikologi 4.10 berbanding dolar US.

“Satu lagi keadaan pasaran yang tidak menentu akan menyebabkan ringgit turun ke arah 4.15,” katanya dalam satu nota.

Beliau berkata ringgit akan terus dipengaruhi faktor luaran seperti keputusan perjumpaan pegawai bank pusat global pada persidangan Jackson Hole serta perkembangan daripada rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan jatuh kepada 4.1070/1100 berbanding dolar US daripada 4.1050/1080 yang dicatat minggu lalu.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah, kecuali berbanding yen Jepun di mana ia meningkat kepada 3.6851/6887 daripada 3.7129/7173 minggu lepas.

Ia meyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9950/9980 daripada 2.9842/9868, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2668/2723 daripada 5.2150/2204 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.7502/7553 daripada 4.6723/6765. – BERNAMA​​​

Tags: nilai ringgit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masyarakat Cina Sudah Tinggal Di Balakong Sejak Zaman British

Next Post

Petronas, SIC Bakal Anjur MotoGP Musim Hadapan

Related Posts

Ringgit Jatuh Tidak Beri Kesan Besar Terhadap ECRL

19/05/2022
0

KUALA NERUS: Kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan besar terhadap pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ketua...

Nilai Ringgit Makin Merundum, Inflasi Meningkat Sejak PH Perintah!

30/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Nilai mata wang ringgit terus menunjukkan kejatuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) sejak Malaysia berada dibawah pimpinan...

Next Post

Petronas, SIC Bakal Anjur MotoGP Musim Hadapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd