Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Khazanah Akan Diuruskan Golongan...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan...

Bekas Kekasih Dakwa Sanchez...

London – Bekas kekasih bintang Arsenal, Alexis Sanchez mendakwa dia meninggalkan pemain bola...

RM10.5 Juta Baiki Segera...

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM10.5 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan...

Covid-19: Wanita Ditemui Pengsan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di...

Nilai Ringgit Makin Merundum, Inflasi Meningkat Sejak PH Perintah!

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang ringgit terus menunjukkan kejatuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) sejak Malaysia berada dibawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pada masa ini nilai ringgit berada pada paras RM4.09 berbanding USD1 dan dijangka mencecah RM4.11 pada suku keempat 2018.

Menurut beliau, kejatuhan nilai ringgit pada masa Indeks Harga Pengguna (IHP) dan kadar inflasi juga sedang meningkat pasti memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Sejak PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) lalu, trend nilai mata wang ringgit terus menunjukkan kejatuhan berbanding dolar AS.

“Kejatuhan nilai ringgit ini pasti memberi kesan peningkatan terhadap kos tanggungan Kerajaan terutamanya apabila projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah bergantung kepada barangan import,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Khairuddin berkata, pada Julai 2018, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding Jun 2018 menjadikannya bagi tempoh Januari hingga Julai 2018 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.4 peratus.

Kata beliau, kadar inflasi juga meningkat dari 0.8 pada Jun 2018 kepada 0.9 pada Julai 2019 dan dijangka meningkat lagi kepada 2.5 pada suku keempat 2018.


Tambah beliau, bermula September ini pula pengguna akan menerima kesan daripada pelaksanaan SST yang dijangkakan menaikkan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Jelas beliau, perubahan rejim percukaian dari GST kepada SST pasti menjadi alasan dan sebab kepada kenaikan harga barang oleh pelbagai lapisan rantaian perbekalan bermula daripada pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit.

“Kerajaan mesti segera melaksanakan tindakan bagi mencegah kesan kejatuhan nilai Ringgit ini supaya kos tanggungan kerajaan dapat dikurangkan dan lebih utama rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori