Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Layak Ke...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal...

Penyampai Berita CNN Pengsan...

Seorang penyampai berita CNN yang sedang mengandung enam bulan mencetuskan kebimbangan ramai selepas...

Jemaah Pemangku Sultan Perkenan...

KUALA NERANG - Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat...

Rusuhan Di Subang Hanya...

KAJANG - Insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Ringgit Akan Kembali Meningkat Apabila Krisis Turki Reda

KUALA LUMPUR – Ringgit Malaysia mempunyai prospek yang lebih baik untuk kembali meningkat nilainya apabila ketidaktentuan geopolitik Turki dan krisis kewangan reda, kata Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan University Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng.

Beliau berkata, penyusutan nilai mata wang tempatan berbanding dolar US, yang juga berlaku kepada mata wang sedang muncul, adalah untuk sementara kerana Malaysia kurang terdedah kepada krisis kewangan Turki, berikutan lebihan akaun negara yang lebih baik.

“Sebagai negara pengeksport minyak menjadikan kita lebih kukuh, oleh itu kita boleh menghadapi tekanan di sekeliling kita,” katanya sambil menambah bahawa Malaysia kurang terdedah (kepada pergolakan) berbanding Mexico, Argentina. Filipina, Indonesia dan India kerana perbezaan dari segi memanfaatkan pinjaman asing.

“Kebanyakan pinjaman kita adalah dalam ringgit dan ini akan mengurangkan kesan yang lebih besar daripada pengukuhan dolar US,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lira menjunam kepada paras terendah sebanyak 7.24 berbanding dolar US pada awal minggu ini, mencetuskan kebimbangan pasaran global ketika ketegangan meningkat antara Amerika Syarikat dan Turki berikutan penahanan seorang padri AS oleh Ankara dan beberapa masalah diplomatik lain.

Setakat jam 3 petang, ringgit mencecah 4,1020/1050, lapan bulan terendah berbanding 4.0950/1000 ketika ditutup semalam.


Sementara itu, rupee India juga jatuh ke paras terendah pada Isnin kepada 69.93 berbanding dolar, kejatuhan paling teruk sejak 3 Sept 2013.

Bagi rupiah Indonesia, ia jatuh tiga hari berturut-turut berbanding dolar kepada 14,618, terendah sejak Oktober 2015.

Ini berikutan risiko penularan daripada pergolakan pasaran kewangan Turki yang telah menjejaskan pasaran baru muncul. – BERNAMA

Kategori