• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 14 Tahun Perlukan Bantuan, Buah Pinggang Baharu

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketika remaja seusianya sibuk belajar dan rancak bermain bersama rakan sebaya, Muhd Aidil Adha Muhd Rizal, 14, dari Silibin di sini hanya mampu duduk di rumah dan tidak lagi boleh bersekolah ekoran menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Muhd Aidil Adha yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said di sini tidak ke sekolah sejak Januari lepas kerana perlu menjalani rawatan mencuci buah pinggang yang dilakukan sendiri di rumah sebanyak tiga kali sehari dan perlu menelan 40 biji ubat sehari.

Ibunya Aida Ghazali, 39, peniaga gerai makanan berkata dia tidak mampu menanggung kos rawatan dialisis anak sulungnya itu yang menelan belanja RM400 sebulan.

“Pendapatan saya hanya RM900 sebulan sahaja selain menerima bantuan RM400 sebulan daripada Baitulmal,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Malcop di sini, hari ini.

Menurut ibu tunggal itu yang kematian suami akibat serangan jantung pada 2010, pendapatan diperolehinya tidak mencukupi kerana perlu membayar sewa rumah serta keperluan lain termasuk menanggung persekolahan seorang lagi anak lelakinya yang berusia 12 tahun.​​​​

Aida berkata dia juga berhutang kos rawatan dialisis anaknya itu dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hampir RM3,000 kerana tidak mampu membayarnya.

Katanya Muhd Aidil Adha bukan sahaja menghidap sakit buah pinggang tetapi juga penyakit darah tinggi dan kurang darah.

“Aidil bila dia sakit tak pernah tunjuk pada saya… dia anak yang baik dan rajin membantu saya melakukan kerja rumah apabila saya pergi berniaga. Saya berharap ada pihak yang sudi menderma buah pinggang kepada anak saya kerana saya tak sanggup lihat dia menderita sakit,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Muhd Aidil Adha yang bercita-cita menjadi seorang anggota polis berkata dia mahu bersekolah semula seperti remaja yang lain dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Saya mahu mak bangga dengan saya kerana saya tidak mampu melihat mak menangis hampir setiap hari mengenangkan penderitaan yang saya alami,” katanya.

Bagi sesiapa yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan di akaun Aida Ghazali 0810041000205479 Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menghubunginya di talian 017-5291521. – BERNAMA

Tags: derma buah pinggangrayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Basikal Johor: Pemandu Minta Kebenaran Merayu

14/04/2022
0

Sam Ke Ting memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitan kesalahannya serta hukuman penjara enam tahun...

Dayangku Intan Wanita Hebat – Nash

03/10/2018
0

KUALA LUMPUR - "DIA adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah lelaki seperti saya," demikian jelas penyanyi Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd