• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Rakan Beritahu Mayat Itu Adik Saya’

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERAK hati seorang abang untuk berpatah balik melihat kemalangan yang berlaku di belakang rupanya petunjuk melihat adiknya pergi buat selamanya.

Norman Abdullah, 19, tidak menyangka tubuh yang tidak bernyawa terbaring di atas jalan raya adalah adik kandungnya, Muhammad Zahin Abdullah, 16, yang terbabit kemalangan antara motosikal dibonceng dengan pacuan empat roda.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 430.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung di Bukit Beruntung, pagi tadi.

Menurut Norman, ketika kejadian, dia dan adiknya yang menunggang motosikal berasingan bersama beberapa rakan lain dalam perjalanan secara konvoi dari Bukit Beruntung ke Bandar Sungai Buaya untuk makan malam.

“Saya dah berada jauh di depan tapi nak juga berpatah balik walaupun melawan arus untuk lihat siapa yang kemalangan.

“Memang tak sangka itu adik saya. Rakan lain beritahu mayat yang terbaring itu adik saya,” katanya sebak menceritakan tragedi menimpa adiknya di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Norman tidak mampu berbuat apa-apa selain menghubungi ibu bapa yang berada di Ampang, Kuala Lumpur untuk memaklumkan kejadian menimpa adik kedua daripada enam beradik itu.

Sementara itu, bapa penunggang motosikal terbabit, Azizuddin Afendi, 37, berkata, Alif Mustaqim, 16, yang juga anak sulung daripada enam beradik itu sepatutnya mendaftar pengajian di sebuah kolej untuk meneruskan minatnya dalam bidang automotif selepas sambutan Aidiladha ini.

“Saya sudah merancang untuk mendaftarkan dia di kolej yang berdekatan dengan rumah kami di Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung, selepas Aidiladha.

“Tapi apakan daya dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian menimpa anaknya selepas rakannya datang ke rumahnya di Taman Inai, jam 2.20 pagi tadi.

Katanya, pada mulanya, dia hanya diberitahu bahawa Alif Mustaqim ditimpa kemalangan dan mengetahui ketiadaan anaknya sebaik tiba di tempat kejadian. – myMetro Online

Sekadar Video Hiasan..

Tags: kemalangan mautPenunggang Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd