• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Ramli Dakwa Difitnah Biro Politik PKR

oleh
29/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa beliau difitnah oleh Biro Politik parti politiknya sendiri.

Beliau mendedahkan ada pimpinan Biro Politik PKR menyebarkan berita beliau akan menyebabkan parti itu diharamkan jika bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR

“Alasannya saya dijatuhkan hukuman dan jika bertanding, itu akan menyebabkan parti diharamkan.

“Saya ingat masih ada yang berharap pencalonan saya dapat dibatalkan melalui cara “pintu belakang”,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Calon lawan bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden PKR ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan bekas Menteri Besar Selangor.

Rafizi dalam mempertahankan dirinya daripada fitnah itu menegaskan beliau tidak pernah melakukan sesuatu perkara yang akan menjejaskan PKR selama ini.

Beliau malah membandingkan dirinya berbanding Tian Chua yang kurang mengutamakan parti seperti membuat keputusan tidak bertanding dalam PRU14.

“Walaupun ada yang berpendapat saya boleh mencuba nasib bertanding dalam PRU14 seperti yang dibuat Tian Chua, saya awal-awal menerima hakikat saya tidak wajar bertanding.

“Sebabnya ia boleh menyebabkan parti kehilangan satu kerusi, seperti yang hampir terjadi di Batu.

“Saya dengan rela hati melepaskan kerusi (Parlimen) Pandan untuk melindungi parti, supaya tidak ada sedikit pun risiko parti diusik,” katanya.

“SAYA TAK GUNA KABEL”

Rafizi seterusnya menegaskan, beliau telah menyemak undang-undang dan mendapati Akta Pertubuhan membenarkan Pendaftar Pertubuhan memberikan pelepasan sekiranya permohonan dibuat.

Justeru, katanya, beliau telah membuat permohonan terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kata beliau, permohonan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan dab beliau dimaklumkan ada enam permohonan pelepasan lain turut diluluskan.

“Saya tidak menggunakan kabel, tidak menulis kepada menteri, tidak berjumpa sesiapa. Saya hanya membuat permohonan terus kepada Pendaftar Pertubuhan dan allhamdulillah ia diluluskan.

“Sebaiknya kita menumpukan perhatian kepada hujah-hujah kempen, bukannya cuba mencari pintu belakang untuk menamatkan saingan orang seperti saya,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Mohd Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lantikan Rafizi Ialah Hak Istimewa Presiden Parti

29/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak istimewa Presiden PKR, Datuk...

Populariti Mahathir Merosot Untungkan Anwar?

20/12/2018
0

POPULARITI Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didapati merosot oleh tinjauan yang dilakukan badan penyelidik diketuai Mohd Rafizi Ramli. Kaji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd