• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Hiburan ‘Kebal’ Diserbu

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas dipercayai beroperasi lebih 30 tahun tanpa diperiksa, ‘kekebalan’ sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail akhirnya musnah selepas diserbu awal pagi tadi.

Pusat hiburan yang didakwa sering menjadi tumpuan golongan gay itu diperiksa dalam Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) Siri 46.

Antara agensi terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan, berkata ketika serbuan dijalankan pada jam 1.30 pagi, premis berkenaan dipenuhi kira-kira 100 orang pengunjung termasuk pelancong.

“Dalam Op Bah ini, pelbagai agensi penguatkuasaan yang berbeza menjalankan pemeriksaan terhadap premis dan pengunjung, bagi mengesan pelbagai jenis kesalahan.

“Hasil pemeriksaan awal kita dapati pusat hiburan berkenaan memiliki lesen perniagaan yang sah, bagaimanapun jika kita mengesan ada sebarang kesalahan, kita akan semak semula lesen dan ambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan.

“Saya dimaklumkan oleh pasukan risikan, premis ini dipercayai tidak pernah diperiksa walaupun sudah beroperasi lebih 30 tahun,” katanya ketika hadir mengikuti Op Bah Siri 46, hari ini.

Adnan berkata, selain pusat hiburan berkenaan, serbuan turut dilakukan di dua kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Sri Aman dan PPR Beringin di Kepong.

“Kita lakukan pemeriksaan di kawasan PPR selepas menjalankan siasatan dan risikan dan mendapati kawasan itu mempunyai masalah penagihan dadah yang semakin serius.

“Saya ingin menggesa kepada pemimpin, wakil penduduk atau penduduk itu sendiri supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai masalah dadah di kawasan perumahan mereka.

“Penyaluran maklumat secara terus ini dapat memudahkan kita untuk mengambil tindakan dengan segera, kita tidak perlu ambil masa yang lama untuk bertindak jika ada yang tampil memberi maklumat.

“Bukan sahaja di PPR, kawasan lain juga perlu peka dengan masalah dadah, kita mahu lakukan sesuatu sebelum masalah ini menjadi lebih serius dan sukar untuk ditangani,” katanya. – BH ONLINE

Tags: polispusat hiburan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Lebai Ali Food Street’ Tarikan Baharu Di Kuantan

Next Post

‘Asalkan Bukan Harapan’ Slogan UMNO-PAS

Related Posts

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Next Post

'Asalkan Bukan Harapan' Slogan UMNO-PAS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd