Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Rasmi SMK Orang...

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di...

RTM Bersedia Siar Debat...

SEDIA... Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak ada sebarang masalah untuk menyiarkan debat melibatkan...

Sudah Tidak Berhijab, Uqasha...

SELEPAS tiga tahun berhijab, pelakon, Uqasha Senrose sudah tidak lagi bertudung dan mengakui kesilapan...

Tidak Halang SPR Longgarkan...

KOTA TINGGI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan...

Prospek Rundingan RCEP Dimuktamadkan Semakin Cerah

SINGAPURA – Selepas melalui perbincangan yang panjang dan usaha gigih berterusan, prospek untuk memuktamadkan rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kelihatan semakin cerah, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

RCEP ialah cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara 10 negara anggota ASEAN dan enam negara Asia Pasifik – Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Singapura merupakan Pengerusi ASEAN bagi tahun ini.

“Saya galakkan negara-negara RCEP mengambil pandangan jangka panjang, kekalkan momentum, berbincang secara membina dengan fleksibiliti maksimum, agar kita boleh mencapai Perjanjian RCEP yang berkualiti tinggi tahun ini,” kata Lee pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-50 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, di sini, hari ini.

Lee berkata rundingan RCEP telah berlarutan untuk beberapa waktu, dan kini telah mencapai tahap kritikal.

Pengerusi ASEAN itu mengetengahkan bahawa RCEP akan menjadi blok dagangan terbesar dunia, merangkumi satu pertiga daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia yang boleh membawa manfaat besar kepada rakyat ASEAN dan rakan-rakan kongsinya.

“Sudah tentunya, memandangkan kepelbagaian anggota RCEP, kita perlu mencari keseimbangan dan berkompromi. Tetapi kita memikirkan ini bagi nilai ekonomi dan strategik yang besar daripada RCEP.


“Ia akan memberi isyarat penting kepada dunia yang anggota ASEAN, dan rakan-rakan kongsinya, memberikan keutamaan kepada perdagangan bebas, integrasi serantau dan kerjasama antarabangsa,” kata Lee.

Menjadi harapan negara-negara RCEP agar perjanjian itu dapat dimeterai pada November 2018 semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura selepas dua kali tersasar daripada sasaran.

Kawasan RCEP memiliki populasi kira-kira 3.4 bilion, dengan jumlah KDNK bernilai US$49.5 trilion (US$1=RM4.10), atau kira-kira 39 peratus daripada KDNK dunia. – BERNAMA

Kategori