• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kereta Nasional 3 Bukti Autokratik

oleh
08/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA Pakatan Harapan (PH) gagal sekat impian projek mega Kereta Nasional 3 dicetuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, bermakna mereka sah membenarkan pentadbiran autokratik beliau.

Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi sambil merujuk kisah kegagalan projek kereta kebangsaan pertama, Proton yang masih gagal waima kemudian diambil alih kroni Mahathir sendiri.

“Sekiranya Menteri PH tidak membantah cadangan pembuatan kereta Nasional 3 maka sahlah mereka memang takut kepada Tun M, mereka takut kehilangan jawatan sendiri bahkan mereka tidak takut kepada rakyat marhaen.”

Mengulas lebih lanjut Mohd. Puad menambah bahawa, Poton telah diswastakan pada tahun 2012, hampir di-bailout apabila Mahathir minta perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak suntik RM2 bilion kepada Proton.

“Ketika itu Proton berhutang RM700 juta kepada pelbagai vendor komponen yang majoritinya Bumiputera. Jualan Proton merosot teruk kepada cuma 5,000 unit sebulan pada 2017 berbanding 200,000 unit sebulan sebelumnya.

“Bahkan kerugian Proton pada tahun 2016 ialah RM150 juta. Justeru apa perlunya Proton 2.0? Kenapa tidak dipulihkan sahaja Proton 1.0?” soal Mohd. Puad sebagai membuat perbandingan projek kereta nasional berkenaan.

Idea projek aneh itu disuarakan Mahathir ketika lawatan sulung beliau ke Jepun akhir Mei lalu selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 dengan menyatakan konon ia boleh dijadikan perusahaan kerjasama automotif ASEAN.

Kalau Kerajaan PH ujar Mohd. Puad, terpaksa mungkiri janji manifesto mereka sendiri konon atas alasan kewangan, kenapa projek Kereta Nasional 3 mahu dilaksanakan dan bertanya, tidakkah itu nanti bakal beban rakyat miskin?

“Sedangkan banyak keutamaan lain perlu diselesaikan. Antaranya harga kereta lebih murah seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga (Bajet PH). Lebih baik kemudahan sistem pengangkutan awam dimodenkan dahulu,” jelasnya.

Ini termasuk dengan kerajaan PH meneruskan projek MRT3, ECRL dan HSR. Bidas Mohd. Puad lagi, jangan hairan jika jambatan bengkok akan dibina semula dan perlumbaan F1 akan kembali beraksi di litar antarabangsa Sepang.

“Maka lama lagilah Mahathir jadi PM. Kempunan lagikah Anwar?” soal beliau dalam nada sindiran merujuk cita-cita tinggi calon bakal perdana menteri yang kelapan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Mynewshub.TV

Tags: ProtonPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd