PRESIDEN Venezuela Nicolas Marduro terselamat daripada cubaan bunuh menggunakan dron yang dilengkapi bahan letupan.
Kejadian berlaku ketika Maduro berucap di satu upacara ketenteraan di ibu negara, Caracas.
Rakaman langsung ucapan Maduro menunjukkan beliau tiba-tiba mendongak melihat ke atas dan ramai anggota tentera berdekatan mula melarikan diri.

Maduro mendakwa negara jiran, Colombia bertanggungjawab, tuduhan dinafikan sebagai tidak berasas oleh Bogota.
Tujuh orang anggota tentera cedera dan beberapa orang ditahan tidak lama selepas itu.
Kejadian berlaku di upacara ulangtahun ke-81 tentera Venezuela.

Dua buah drone dilengkapi bahan letupan meletup tidak jauh dari tempat ucapan presiden, kata Menteri Komunikasi Jorge Rodriguez.
Gambar di media sosial menunjukkan pegawai keselamatan presiden melindungi Maduro dengan perisai kalis peluru selepas sejurus selepas serangan.
Maduro menuduh Colombia dan pihak tertentu dari Amerika Syarikat bertanggungjawab merancang komplot pembunuhannya.
Katanya, “tidak syak lagi” Presiden Colombia Juan Manuel Santos mendalangi serangan itu.
Kedua-dua Venezuela dan Colombia bermusuhan yang puncanya mempunyai kaitan dengan hubungan baik Bogota dengan Washington.
Colombia terlibat membantu usaha AS mensabotaj Venezuela.
Presiden sebelum ini, Hugo Chavez juga dipercayai sesetengah pihak dibunuh oleh pihak musuh.
Pemerintahan Chavez tidak henti-henti berhadapan dengan komplot AS dan tali barut mereka di dalam negara.
Negara sosialis kaya minyak itu ialah antara pengeksport minyak terbesar AS tetapi merupakan musuh utama kuasa besar itu di benua Amerika selain Cuba.
AS pernah membantu rampasan kuasa di Venezuela pada 2002 untuk menjatuhkan Chavez tetapi gagal dan cubaan itu didedahkan dan mengaitkan Washington. – Agensi/Mynewshub.tv

