• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Penganggur Proses Dadah

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang penganggur berusia 33 tahun selepas menyerbu makmal mini memproses dan mengedar dadah jenis heroin di sebuah rumah di Taman Cheras Idaman di sini pada 31 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor pada pukul 10.30 malam itu turut menemui satu paket plastik lutsinar berisi heroin seberat 2.3 gram dan satu lutsinar berisi syabu seberat 0.8 gram di badan suspek lelaki itu.

“Pemeriksaan di dalam rumah suspek seterusnya menjumpai heroin seberat 789 gram di atas lapisan surat khabar di atas meja. Turut dirampas peralatan memproses dadah seperti periuk elektrik, periuk tembaga, corong, bahan mentah dan bekas plastik dengan nilai keseluruhan rampasan ialah RM65,800,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suspek direman tujuh hari sejak 1 Ogos lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya suspek, yang sebelum ini pernah ditahan dan menjalani hukuman bagi kes berkaitan pengedaran dadah, didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.

Sementara itu, dalam serbuan oleh JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan pada 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Beranang hari yang sama, Ahmad Dzaffir berkata polis menahan sepasang kekasih dan menemui satu plastik lutsinar besar yang mengandungi 19 plastik lutsinar kecil berisi syabu seberat 5.14 gram dianggarkan bernilai RM400.

“Suspek wanita, berusia 29 tahun dan suspek lelaki berusia 22 tahun masing-masing penganggur dan bekerja sendiri itu, bagaimanapun didapati negatif dalam saringan awal ujian air kencing selepas serbuan itu,” katanya.

Kedua-dua mereka kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata bagi kedua-dua kes berkenaan, dadah terbabit adalah untuk pasaran kawasan Kajang dan punca bekalan dadah berkenaan masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: Penganggurpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd