• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Panggil Hishamuddin Rais Kes Akta Hasutan

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Hishamuddin Rais dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan dibawah Akta Hasutan 1970.

Radio Bangsar Utama dalam satu kenyataan memberitahu, Hishamuddin dikehendaki hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Hishamuddin Rais telah dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia ke IPD Dang Wangi pukul 4 petang hari ini.

“Ia bagi membantu siasatan berhubung kes Akta Hasutan,” kata kenyataan itu pagi ini.

Hishamuddin yang juga aktivis Pakatan Harapan terlibat secara langsung dalam kempen pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau juga merupakan penggerak reformasi dan pernah didenda RM5,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Januari 2015.

Hishamuddin ketika itu berhadapan tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei 2013. – Mynewshub.tv

Tags: Akta HasutanHishamuddin Rais
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd