• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Giat Kesan Jejak RDD

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan dan pencarian alat Radiografi Industri (RDD) mengandungi isotop radioaktif iaitu Iridium 192 yang hilang pada 10 Ogos lalu masih giat dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Alat berkenaan hilang ketika dibawa pulang oleh dua juruteknik sebuah syarikat dari Seremban ke Shah Alam antara jam 2 pagi hingga 3 pagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada alat itu disimpan pihak tertentu berikutan masih belum dapat mengesahkan bagaimana ia boleh hilang.

“Dalam siasatan yang dijalankan kita, kita terima banyak versi mengenai kehilangannya dan buat masa ini, kita tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kerana khuatir hilang jejak alat itu.

“Namun, ekoran kehilangan alat itu, kita sudah pun merakam percakapan beberapa individu selain menahan reman dua juruteknik yang menguruskan alat itu ketika ia hilang,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya sama ada alat itu masih lagi berada di negara ini, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya masih belum dapat mendedahkannya berikutan enggan mengganggu siasatan dan pencariannya.

Hari ini, NSTP melaporkan sebuah alat RDD milik sebuah syarikat di Shah Alam, seberat 23 kilogram dan berharga sekitar RM75,000 di pasaran hilang.

Lebih membimbangkan, alat yang memancarkan radiasi Beta dan Gamma itu dikhuatiri disalah guna termasuk oleh pengganas bagi membuat bom.

Malah, jika ia jatuh ke tangan orang awam yang tidak tahu mengenainya dan cuba meleraikannya bagi dijual sebagai besi terpakai, radiasi yang dipancarkan boleh merosakkan sel tubuh badan individu berkenaan. – BH Online

Tags: HILANGRDD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd