• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bantuan Didakwa Lakukan Pemerasan

oleh
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang pelajar di tandas sebuah balai polis, bulan lalu.

Muhammad Hazim Habeebur Rahman, 23, didakwa telah melakukan perbuatan itu dengan meminta wang berjumlah RM500 daripada Koh Weng Fai, 20, di tandas balai polis Bandar Utama, di sini pada 4 pagi, 27 Julai lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun Muhammad Hazim yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan dia baru bekerja.

Majistret Nor Ariffin Hisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: pemerasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Datuk Seri’ Ugut Porak-Perandakan Polis Ditahan

02/03/2021
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki mengaku Datuk Seri ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Khamis...

Pelakon Drama Pendek Didakwa Buat Laporan Palsu

14/01/2021
0

KOTA BHARU - Pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan pemerasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd