• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas, SIC Bakal Anjur MotoGP Musim Hadapan

oleh
25/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SILVERSTONE (Great Britain) – Selepas menyaksikan pelumba negara beraksi dalam perlumbaan MotoGP Silverstone tahun ini, Malaysia bakal mencipta sejarah menerusi penglibatan secara langsung sebagai pasukan bertanding.

Promoter sukan permotoran, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menyertai kelas premier MotoGP bersama syarikat minyak dan gas multinasional Petronas sebagai Rakan Penaja rasmi.

Kerjasama tersebut akan menjadikan ia sebagai kejohanan motosikal dunia pertama yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak tempatan.

Perjanjian itu berkuat kuasa pada 2019 hingga akhir 2021.

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada sidang media di Grand Prix British Jumaat lepas.

Mengulas mengenai kerjasama itu, beliau berkata pihaknya telah melihat melihat perjalanan Malaysia dalam kelas MotoGP musim ini dan dengan pasukan negara berada pada carta musim depan, akan ada lebih banyak berita gembira untuk Malaysia.

Syed Saddiq berkata pasukan baharu MotoGP ini membuka laluan untuk masa depan yang cerah bagi sukan permotoran Malaysia.

“Telah terbukti bahawa sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan negara dan saya percaya dengan inisiatif daripada Litar Antarabangsa Sepang dan Petronas ini, kita bukan sahaja akan mencapai kecemerlangan di trek perlumbaan, malah juga perpaduan antara peminat sukan tersebut tidak kira bangsa dan agama,” katanya.

Turut hadir Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Carmello Ezpeleta, Pengurus Besar Yamaha Motor Co. Ltd Bahagian Pembangunan Motosikal Kouichi Tsuji dan Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing Srl Lin Jarvis.

Uniform baharu yang ditandatangani Franco Morbidelli dari itali dan Fabio Quartataro dari Perancis mengesahkan penglibatan mereka dalam aksi MotoGP.

Kedua-dua pelumba ini akan bertanding menggunakan motosikal berkuasa tinggi Yamaha YZR-M1 dengan penglibatan Petronas, susulan perjanjian antara SIC serta Yamaha Motor Co. Ltd.

Petronas akan menggunakan platform MotoGP untuk mengetengahkan teknologi pelincir motosikal yang berintegrasi dengan Teknologi Solusi Cecair ke dalam operasi harian pasukan tersebut

“Melalui kerjasama ini, Petronas kini mempunyai platform lain untuk meneruskan inovasi teknologi, dalam bidang bahan api dan pelincir untuk motosikal.

“Kami percaya ini adalah langkah penyelidikan dan pembangunan yang sempurna dalam usaha untuk menawarkan produk serta penyelesaian inovatif buat pelanggan kami…Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk membawa bahan api dan pelincir terbaik, berkualiti tinggi dari ‘trek ke jalan raya’ untuk pelanggan kami di seluruh dunia,” katanya.

Ia akan mencerminkan kejayaan hubungan syarikat dengan Mercedes AMG Petronas Motorsport iaitu pemenang Pelumba Formula Satu Kejohanan Dunia empat kali berturut-turut. – BERNAMA

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Bakal Diniaga 4.10-4.12 Berbanding Dolar US

Next Post

Kastam Jalin Kerjasama Bistari Banteras Penyeludupan

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

Next Post

Kastam Jalin Kerjasama Bistari Banteras Penyeludupan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd