• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertikaian ‘Chatime’ Selesai Luar Mahkamah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding) dan syarikat makanan dan minuman Taiwan, La Kaffa International Co Ltd mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan pertikaian mengenai ‘Chatime’ di luar mahkamah.

Dalam satu perjanjian penyelesaian yang dibuat, kedua-dua syarikat berkenaan bersetuju untuk menarik balik semua prosiding mahkamah dan timbang tara di Singapura.

Dalam kenyataan bersama, syarikat terbabit berkata, penyelesaian itu tidak dianggap oleh mana-mana pihak sebagai pengakuan sebarang tuduhan dan liabiliti.

“Semua pihak telah mencapai persetujuan dalam menyelesaikan pertikaian mereka, yang mana keputusan itu dibuat bagi menghentikan semua prosiding mahkamah atau tindakan penguatkuasaan lain terhadap satu sama lain,” katanya di sini, hari ini.

Kenyataan media itu juga adalah sebahagian daripada syarat penyelesaian kedua pihak.

Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa semua terma lain akan kekal sebagai peribadi dan sulit.

Pada 27 Jun 2018, Mahkamah Rayuan membenarkan injunksi syarikat Taiwan, La Kaffa terhadap Loob Holding daripada menjalankan perniagaan minuman teh buih.

Pertikaian antara Loob Holding dan La Kaffa bermula pada awal Disember 2016 apabila syarikat Taiwan itu menamatkan perjanjian francais induk di antara kedua-dua belah pihak walaupun perjanjian masih berbaki 20 tahun.

Loob Holding bagaimanapun kini dikenali sebagai pemilik jenama teh buih, Tealive. – BH ONLINE

Tags: chatimemahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd