• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persembahan Tajul Hambar Kerana Juri & Penonton Bersorak

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyanyi Tajul Arif memberitahu sikap pemalu dan gemuruh dalam dirinya menjadi punca persembahannya di pentas Big Stage kelihatan hambar dan tidak bertenaga.

Pemilik nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, ini berkata, walaupun sudah masuk minggu keempat namun sukar baginya untuk membuang sikap itu setiap kali melihat penonton bersorak dan wajah juri di hadapan pentas.

“Sepatutnya saya sudah berasa selesa dengan pentas Big Stage malah rasanya ketika sesi latihan saya dapat buat dengan baik.

“Tetapi apabila tiba siaran langsung, terus keluar rasa takut terutamanya apabila melihat penonton yang ramai dan wajah barisan juri.

“Saya tahu tidak boleh biarkan perasaan itu memakan diri saya tetapi ia seolah-olah sudah jadi satu tabiat dan memang silap saya sendiri,” katanya.

Tajul gementar apabila melihat penonton dan juri.

Pada persembahan malam Ahad lalu, Tajul menyampaikan lagu rap berjudul Amboi nyanyian asal Altimet dan ia mendapat ulasan kurang baik daripada juri.

Akibatnya, Tajul sekali lagi berada di kedudukan tiga tercorot apabila juri hanya memberi markah 64.67 peratus kepadanya namun dia terselamat daripada disingkirkan selepas markah itu ditambah dengan undian peminat menjadi 77.27 peratus.

Sissy Imann yang menyanyikan lagu Mas Idayu berjudul Sengol Sengolan Cubit Cubitan menjadi peserta ketiga tersingkir selepas mendapat markah paling rendah iaitu 74.33.

Dalam pada itu, Tajul berkata, dia tidak berasa kecewa apabila sudah tiga minggu berturut-turut dia menjadi peserta paling tercorot kerana yakin ia ada hikmah di sebaliknya.

Jelasnya, dia mengambil positif akan hal itu dalam memperbaiki mutu persembahannya dan bekerja keras untuk minggu seterusnya.

“Ada yang kata saya patut tersingkir cuma undian peminat yang menyelamatkan saya tetapi sebenarnya bukan mudah juga untuk menarik orang mengundi kita.

“Tetapi tidak mengapa saya anggap ada hikmahnya saya berada di kedudukan rendah, ia dapat menjadi pemangkin semangat dan kena bekerja keras lagi,” katanya. – mStar Online

Tags: penyanyiTajul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kempen Kebersihan Perdana Masyair Dapat Perhatian Arab Saudi

Next Post

Mengamuk Kalah Permainan Video

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Mengamuk Kalah Permainan Video

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd