• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpustakaan Foshan Dari China Terima Anugerah Hijau

oleh
27/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Foshan dari China hari ini menerima Anugerah Perpustakaan Hijau 2018 daripada Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa (IFLA) kerana mempunyai ciri-ciri sebagai perpustakaan yang mesra alam.

Anugerah itu yang mula diperkenalkan pada 2016 adalah bagi menghargai perpustakaan yang memperlihatkan komitmen terbaik terhadap alam sekitar yang mampan.

Anugerah itu yang turut mengandungi wang tunai 500 Euros (RM2,400) disampaikan kepada Pengarah Bersekutu Perpustakaan Foshan, Meng Zhang pada Kongres Perpustakaan dan Informasi Sedunia 2018 di sini.

Meng Zhang berkata selain daripada reka bentuk seni bina perpustakaan yang harmoni dengan alam semula jadi dari segi konsepnya, perpustakaan itu juga menyampaikan pelbagai program menarik dan inspirasi hijau untuk masyarakat setempatnya.

“Perpustakaan dan perkhidmatannya diperteguh dengan komitmen yang kuat terhadap prinsip-prinsip mampan yang luas kepada reka bentuk, seni bina, bahan bangunan, komitmen pengurusan dan kakitangan untuk peningkatan berterusan dan pendidikan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata perpustakaan Foshan memberi tumpuan kepada persekitaran hijau, termasuk sistem penggunaan semula air hujan yang membantu pemuliharaan air dan penggunaan lampu diod pemancar cahaya (LED) dalam rak buku untuk menjimatkan penjimatan tenaga. Ia juga telah menggunakan pejabat tanpa kertas kepada pustakawan.

Di bawah Standard Penilaian Bangunan Hijau China, bangunan perpustakaan itu mendapat dua penilaian bintang yang bermaksud ia tidak berbahaya kepada alam sekitar dan menggunakan sepenuhnya sumber semula jadi.

Perpustakaan Foshan, yang pada asalnya dibina pada 1957 dan dibina semula pada tahun 2014, mempunyai lebih daripada 2 juta buku dalam inventorinya. – BERNAMA

Tags: perpustakaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

30/11/2023
0

MUAR: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga murid...

Jadikan Perpustakaan Sebagai Gedung Menuntut Ilmu

12/11/2018
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu melihat anak Pahang menjadikan semua 74...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd