• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Tawar Rebat Tunai Kepada 3,100 Pembeli Myvi

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Perodua, akan membayar balik 3,100 pelanggan Myvi yang terlepas peluang mendaftar kereta mereka sebelum 1 Sept disebabkan penangguhan sementara pengeluaran ekoran gangguan bekalan vendor.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata kakitangan syarikat itu akan menghubungi para pelanggan yang telah menempah kereta Myvi yang sepatutnya didaftarkan sebelum 1 Sept untuk memanfaatkan harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Kami ingin menawarkan pelanggan bernilai kami rebat tunai selepas pendaftaran kenderaan mereka, sebagai pampasan terhadap kesulitan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zahari berkata syarikat itu juga akan memaklumkan kepada pelanggan perkembangan terkini serahan Myvi kepada mereka.

GST berkadar sifar bermula 1 Jun yang membawa kepada pengecualian cukai selama tiga bulan telah meningkatkan permintaan terhadap kenderaan, dengan pembeli berebut-rebut untuk mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 1 Sept apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.

Pada 20 Ogos, Perodua mengumumkan pengeluaran Myvi tertangguh disebabkan gangguan bekalan vendor. – BERNAMA

Tags: myvi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

70 Pusat Hiburan Di Seluruh Negara Digempur

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

01/01/2024
0

JOHOR BAHRU: Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd