Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

AirAsia Perbadan GTRH Bagi...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd memperbadankan anak syarikat milik penuhnya, Ground Team Red...

Rafizi Masih Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli masih kekal...

MCA Pahang Pertaruh 10...

KUANTAN - MCA Pahang melakukan transformasi besar-besaran bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14...

AS Tuduh Rusia Penjenayah...

WASHINGTON – Serangan berdarah baharu ke atas orang awam kelmarin mencetuskan dakwaan bahawa...

Perluas Program ‘Satu Daerah Satu Industri’ Ke Pasaran Global

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan sedang berusaha membawa produk-produk daripada program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) ke peringkat antarabangsa melalui perkhidmatan e-commerce (E-dagang), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof berkata perkhidmatan e-commerce akan membantu memperluas pasaran produk SDSI yang diasaskan dari negara Jepun dan Thailand ke pasaran global.

“Kita dapati program-program di negara berkenaan amat berjaya dari segi pemasaran global. Walaupun kita ada pelbagai kelemahan pada awalnya, namun kita lihat ada beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada sesi soal jawab.

Mohd Shahar ingin tahu langkah kementerian melihat pengurusan data SDSI ini dapat diuruskan dengan baik supaya mampu bersaing seperti laman web membeli-belah terkenal (Lazada) yang dilihat mampu membantu ekonomi negara di akar umbi.

Mohd Redzuan berkata, sehingga hari ini, seramai 7,212 usahawan SDSI telah berdaftar dengan lima kementerian peneraju mengikut kluster iaitu produk makanan dan minuman, inap desa, produk perkhidmatan kesihatan, produk kraf serta promosi pemasaran dan pembangunan usahawan.


Program SDSI ini merupakan program pembangunan ekonomi yang dijalankan oleh komuniti setempat berasaskan kepada produk atau perkhidmatan unik yang beridentitikan sesebuah daerah.

Antara produk utamanya ialah kerepek, kek lapis, produk sejuk beku dan bahan masakan, kopi herba dan produk herba kosmetik, batik, seramik, lekatan manik mutiara serta songket. – BERNAMA

Kategori