• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhalusi Projek Kereta Nasional 3.0 – Nurul Izzah

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sehari selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melahirkan kebimbangan berhubung pelaksanaan projek kereta nasional 3.0 yang disifatkan bertentangan dengan hasrat Pakatan Harapan (PH), hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pula tampil menggesa kerajaan supaya memperhalusi terlebih dahulu cadangan berkenaan.

Nurul Izzah berkata, perusahaan projek automotif negara haruslah sejajar dengan kehendak semasa lebih-lebih lagi Malaysia perlu menyusun langkah pantas daripada sebuah ekonomi berteraskan sektor pembuatan ringkas kepada ekonomi berlandaskan pembangunan produk, kejuruteraan, teknologi dan harta intelek.

Katanya, jumlah jualan tahunan kenderaan nasional yang meliputi 48 peratus daripada jualan keseluruhan tahun lalu menggambarkan prestasi memberangsangkan dua syarikat kereta nasional iaitu Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

“Tidakkah peratusan ini menunjukkan kereta-kereta nasional (sedia ada) mampu bersaing dengan kereta-kereta jenama terkemuka dunia yang dikilangkan dalam negara (CKD) yang memperolehi kadar duti eksais rendah? Atau adakah peratusan jualan ini disebabkan kawalan pasaran dalam bentuk selain duti eksais?

“Walaupun Proton dikatakan sudah gagal sebelum ini dan pemilikan 49 peratus saham oleh Zhejiang Geely Holding Group (Geely) menggambarkan Proton bukan lagi sebuah syarikat kereta nasional, namun syarikat tersebut masih komited memacu pembangunan tenaga kerja rakyat Malaysia dan pembekal automotif tempatan yang berkeupayaan.

“Laporan jualan terkini Perodua pula mencatatkan perkongsian pasaran bulanan syarikat itu sudah pun melangkaui 40 peratus. Ditambah pula dengan kerjasama rapat dengan gergasi automotif dunia iaitu Toyota, tidakkah ini mencukupi untuk mencapai matlamat asal projek automotif nasional?,” katanya dalam laman web nurulizzah.com, hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof berkata, kerajaan bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: kereta nasional 3.0Nurul Izzah Anwar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd