• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 Di Putrajaya Satu Kejayaan

oleh
31/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini hari ini merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang besar.

Beliau berkata sambutan itu menunjukkan perpaduan dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Hari ini adalah hari yang paling penting untuk diraikan sesama kita, hari kita mendapat Kemerdekaan kita. Ingatlah betapa sukarnya untuk mencapai kebebasan dan memahami bagaimana negara ini dibina.

“Sekarang kita mempunyai kerajaan baharu dan kali ini kita merayakan Hari Kebangsaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perarakan yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di sini.

Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri kabinet dan tetamu khas.

Sambil berterima kasih kepada sekretariat dan semua pihak yang terlibat sehingga acara itu berjaya, dan berharap perarakan kebangsaan akan menjadi lebih baik tahun depan.

Ditanya sama ada Putrajaya akan dipilih sekali lagi untuk perarakan tahun depan, Gobind berkata: “Ini adalah tempat yang sangat baik, kita melihat banyak orang ramai dan banyak ruang, banyak pilihan dan banyak yang boleh dilakukan.

“Ia adalah satu kejayaan besar dan dilakukan dengan baik, adalah idea yang baik untuk mengadakannya di Putrajaya, namun sudah tentu ada yang meminta untuk mengadakan (perarakan merdeka) di Dataran Merdeka pada tahun depan, kita tidak pasti,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sambutan luar biasa yang di tunjukkan rakyat membuktikan mereka benar-benar merasai erti ‘kebebasan dan kemerdekaan’ yang sebenar.

Beliau berkata sambutan meriah dan beremosi itu diterjemahkan melalui perlakuan spontan segenap lapisan masyarakat yang bangkit melaungkan “Sayangi Malaysiaku” apabila slogan itu disebut pengacara majlis.

Selain anjuran kali pertama di bawah kerajaan baharu, Lim berkata sambutan tahun ini juga merupakan kali pertama beliau sebagai anggota kerajaan persektuan.

“Apa yang dapat dilihat ialah rakyat secara jelas dan beremosi menzahirkan rasa kebersamaan bersama kerajaan meraikan erti kebebasan yang sebenar,” kata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata penglibatan anak muda dalam menzahirkan sokongan kepada majlis itu memperlihatkan golongan tersebut mempunyai semangat patriotisma yang tinggi kepada negara.

“Ini jelas menunjukkan anak muda tahu tanggungjawab mereka bukan hanya kepada diri sendiri tetapi lebih utama kebersamaan mereka bersama yang lain untuk membangunkan semula negara bangsa,””​​​​​​ katanya.

Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, sambutan yang diberikan rakyat adalah amat luar biasa dan mengkagumkan.

“Kehadiran ribuan rakyat dari pelbagai lapisan kaum adalah manifestasi solidariti rakyat bersama kerajaan dalam menikmati erti kebebasan yang sebenar,”katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata dengan sambutan itu sangat meriah walaupun ringkas, namun ia melibatkan penyertaan daripada rakyat yang menyeluruh dan memberikan impak cukup besar.

“Perarakan ini memberi simbol bahawa Malaysia telah jauh melangkah ke hadapan dan menjadi sebuah negara bukan sahaja berdaulat tetapi mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang seusia dengannya,”katanya.

Bagi Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, setiap peserta terlibat telah menunjukkan semangat yang cukup tinggi dan semangat itu cukup baik untuk negara terus cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Sudah tentunya kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pencapaian kita dalam semua bidang dan sambutan hari ini telah berjaya menaikkan semangat rakyat Malaysia,” katanya.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata sambutan dalam era Malaysia baharu itu sangat menakjubkan dengan penampilan semua rakyat merentasi semua kaum dan agama untuk bersatu meraikan negara tercinta.

“Saya sangat teruja dan bersyukur kerana rakyat memberi kami kepercayaan dan mandat untuk mengemudi negara bagi jangka waktu Parlimen ke-14 ini dan InsyaAllah seterusnya untuk kita bersama bangunkan negara bertuah ini,” katanya. — BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd