• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

oleh Cj Mnh
23/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (Km) 233.6 Lebuh Raya Utara Selatan menghala arah selatan dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Muhammad Hairi Che Pa, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diseret sejauh kira-kira 2 km oleh sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang melanggarnya.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSX (K1) hilang kawalan dan terbabas di lokasi kejadian.

“Mangsa terjatuh di lorong tengah lebuh raya sebelum dilanggar kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang sedang bergerak di laluan sama.

“Pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 50 tahun hanya menyedari telah melanggar mangsa selepas kenderaannya itu tiba-tiba bergerak perlahan sebelum menghentikan kenderaan itu di lorong kecemasan untuk membuat pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.

Anuar Bakri berkata, mayat mangsa dikeluarkan dari bawah kenderaan itu oleh pasukan bomba dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Tampin untuk bedah siasat.

Menurut beliau, kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tags: kemalangan mautmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd