• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penterjemah 24 Jam Bantu Jemaah Bukan Arab

oleh
22/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMAAH haji tidak akan alami masalah untuk faham bahasa Arab kerana adanya pasukan khas penterjemah bantu dua juta jemaah Islam dari pelbagai negara yang bertutur pelbagai bahasa.

Ini kerana tidak semua umat Islam mampu me­nguasai bahasa Arab seperti Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk Islam pa­ling ramai di dunia manakala berjuta-juta lagi umat Islam merupakan penutur bahasa Urdu.

Menurut pegawai biro penterjemah haji, Mazen al-Saa­di dipetik agensi berita AFP, secara keseluruhan sebanyak 80 peratus umat Islam yang me­ngunjungi Makkah lazimnya adalah bukan penutur lidah bahasa Arab.

Justeru pasukannya sentiasa bersedia 24 jam untuk salur khidmat kepada jemaah bagi terjemah bahasa antaranya Inggeris, Perancis, Parsi, Melayu, Hausa, Turki, Cina dan Urdu yang merupakan antara bahasa luas digunakan.

Seorang jemaah haji, Samir Varatchia dari Pulau Reunion, Perancis menyifatkan kehadiran kumpulan lelaki berpakaian vest kelabu yang merupakan pakaian seragam pasukan penterjemah itu amat dialu-alukan.

“Saya tidak banyak mengetahui tentang bahasa Arab, oleh itu terjemahan bahasa Perancis akan membantu kami memahami ba­nyak perkara termasuk doa yang dibacakan,” katanya kepada wartawan AFP.

Penterjemah Tunisia, Abdulmumen al-Saket berkata, dia gembira dapat membantu jemaah haji yang bukan Arab untuk lebih memahami arahan di papan tanda serta panduan ibadah haji.

“Kami cuba mem­bantu sedaya mungkin termasuk membaca peta untuk me­reka malah ada yang mahukan nombor telefon kami untuk menghubungi ka­mi kemudian jika mereka memerlukan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu tambah Mazen, puluhan ribu jemaah haji dari India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh hanya mampu bertutur da­lam bahasa Urdu malah didapati sebahagian besarnya tidak tahu berbahasa Inggeris.

Justeru banyak pa­pan tanda arah untuk jemaah haji diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Urdu termasuk Perancis.

Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi sebenarnya mempunyai perkhidmatan terjemahan dan mentafsir yang paling banyak bahasa untuk jemaah haji dari seluruh dunia.

Beberapa jabatan khas telah diwujudkan untuk mengendali bacaan doa dan peraturan malah talian penting menggunakan berpuluh-puluh bahasa untuk soal jawab agama juga mudah didapati. – AFP

Tags: Arab Saudimasjidil haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd