• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengiktirafan UEC Di Melaka Berbeza Dengan Persekutuan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) oleh Kerajaan Negeri Melaka hanya melibatkan perjawatan awam negeri dan ia berbeza dengan pengiktirafan peringkat kerajaan persekutuan, Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) berkata pengiktirafan UEC negeri ini bagi pengambilan penjawat awam berkelulusan sijil itu, manakala pengiktirafan kerajaan persekutuan melibatkan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam.

Justeru katanya kerajaan negeri berharap agar semua pihak tidak keliru dengan pengiktirafan UEC di peringkat kerajaan negeri Melaka yang merupakan sebahagian manifesto Pakatan Harapan (PH) Melaka, dengan pengiktirafan peringkat kerajaan persekutuan.

“Sekiranya PH Melaka tidak melaksanakan janji itu, akan timbul dakwaan yang PH mengkhianati manifesto berkenaan. Saya juga ingin menyatakan di sini manifesto BN (Barisan Nasional) juga mengiktiraf UEC,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) di sini hari ini.

Idris yang juga Ketua Pembangkang bertanya mengapa kerajaan negeri tidak menunggu keputusan dari kerajaan pusat sebelum mengiktiraf UEC kerana beliau khuatir proses pengiktirafan itu tidak dilaksanakan secara teratur.

Terdahulu Noor Effandi menjawab soalan lisan Datuk Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) yang bertanya tentang kewajaran kerajaan negeri mengiktiraf UEC dan adakah kerajaan negeri telah memulakan pengambilan penjawat awam berkelulusan UEC.

Menjawab soalan lisan itu, Noor Effandi berkata setakat ini seorang lepasan UEC dilantik memegang jawatan sebagai pegawai kanan di sebuah syarikat kerajaan negeri Melaka, namun individu itu turut mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PHD) daripada sebuah universiti luar negara.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) berkata keputusan kerajaan negeri mengiktiraf UEC adalah satu keputusan tepat bagi membela nasib anak Melaka yang berpotensi dan selama ini terpinggir daripada terlibat dalam pembangunan negeri ini.

Adly yang turut bangun untuk menjawab soalan lisan itu berkata, UEC bukan sahaja telah diiktiraf di Melaka malah di seluruh dunia termasuk universiti-universiti terbaik seluruh negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan New Zealand. – BERNAMA

Tags: MelakaUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd