• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Ditahan Cubit Bayi Hingga Lebam

oleh Cj Mnh
21/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang pengasuh ditahan polis petang semalam selepas disyaki mencederakan seorang bayi lelaki berumur 10 bulan dalam jagaannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima aduan daripada doktor di Hospital Kepala Batas (HKB) di sini, yang memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak disyaki didera berdasarkan kesan lebam pada bahagian dada.

Katanya, siasatan awal mendapati, ibu mangsa menghantar bayinya pada pukul 7 pagi semalam ke rumah pengasuh itu dalam keadaan baik.

“Pengasuh berkenaan kemudian menghantar pesanan aplikasi WhatApss kepada ibu bayi berkenaan pada pukul 10 pagi memaklumkan terdapat kesan lebam pada badan anaknya dan wanita berkenaan kemudian merujuk anaknya ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Noorzainy memberitahu, hasil siasatan mendapati pengasuh berusia 33 tahun itu mengaku mencubit bayi berkenaan kerana berasa geram selepas mangsa tidak berhenti menangis.

“Setakat ini terdapat seorang saksi iaitu anak suspek yang berusia empat tahun yang nampak ibunya mencubit mangsa sehingga menangis,” katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama lima hari. – UTUSAN ONLINE

Tags: cubitPengasuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

2 Pengasuh TASKA Direman Enam Hari

2 Pengasuh TASKA Direman Enam Hari

07/09/2024
0

Besut : Dua pengasuh wanita direman enam hari susulan penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd