• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Didakwa Aniaya Kanak-Kanak Tiga Tahun

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dengan memberi susu panas sehingga menyebabkan lidahnya melecur, tahun lepas.

Martini Marjono, 25, didakwa melakukan perbuatan itu di No 51, Lorong 1, Jalan Desa Duyong 1, Taman Desa Duyong di sini, pada 10.30 malam, 6 Jun, 2017.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Martini yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun, merayu jaminan rendah dikenakan dengan alasan dia bekerja kilang dan hanya berpendapatan RM1,000 sebulan.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes deraPengasuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd