• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Aurawhite Terbit Filem Seram

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan naskhah Pinjamkan Hatiku, pengasas produk kecantikan Aura White Global Sdn. Bhd. (Aurawhite), Datin Furyna Azmeer mengesahkan pihaknya bakal menerbitkan sebuah lagi filem yang mempertaruhkan genre seram tidak lama lagi.

Menurut Furyna, kejayaan karya arahan Osman Ali yang menampilkan Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil mengutip RM3.4 juta telah mendorongnya untuk sekali lagi terbabit dalam pembikinan filem.

“Saya bersyukur apabila percaturan pertama Aura White mendapat sambutan baik penonton biarpun ketika itu filem Pinjamkan Hatiku terpaksa bersaing dengan naskhah-naskhah hebat lain.

“Sekarang saya sedang mencari karya sesuai untuk diterbitkan dan untuk kali ini, saya mahu ketengahkan filem seram pula,” katanya.

Furyna berkata demikian sewaktu ditemui dalam majlis pelancaran ubat gigi Aurawhite semalam.

Pada acara tersebut, aktres Fasha Sandha, aktor Izzue Islam dan penceramah motivasi, Azman Syah Alias telah dilantik sebagai ikon bagi produk berkenaan.

Tambahnya, dia amat mementingkan kualiti dan mengalu-alukan sesiapa jua yang ingin bekerjasama merealisasikan hasratnya pada masa akan datang.

“Filem seram yang bakal diterbitkan akan menggunakan khidmat sutradara berbeza kerana saya ingin mempelbagaikan portfolio seni kami.

“Malah Aurawhite sentiasa menerima sebarang cadangan daripada sesiapa yang mahu menjalin kolaborasi dengan pihak kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: AuraWhitefilem seram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Alahai Mat Sabu Bocor Rahsia ATM Terlemah Di ASEAN

Next Post

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk Beri Pengecualian Cukai

Related Posts

Wanita Anorexia, Sesuai Berlakon Filem Seram

21/09/2018
0

MOSCOW - Seorang wanita anorexia dengan berat hanya 17 kilogram berdepan dengan maut dalam tempoh setahun jika tidak dirawat. Kristina...

Fazura Dilamar Berlakon Filem Seram Indonesia

24/01/2018
0

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki pujaannya, rezeki pelakon cantik manis Nur Fazura nampaknya lebih meluas. Fazura kini masih...

Next Post

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk Beri Pengecualian Cukai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd