• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Terlepas Tali Gantung

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan ke atasnya dipinda di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 29.86 gram.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas tertuduh, Muhammad Shah Rizman Jusoh, 22, mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan yang ditawarkan pihak timbalan pendakwa raya daripada kesalahan mengedar kepada memiliki dadah hari ini.

Keputusan itu dibuat Zainal Azman selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 29.86 gram di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payung, Marang, jam 10.45 malam pada 9 Mei 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Sebelum ini, tertuduh menghadapi pertuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh yang berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis nimetazepam seberat 0.17 gram turut dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Rohaiza Abd Rahman manakala tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Hanif & Co, Datuk Hanif Hashim.

Terdahulu, Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira kepentingan awam memandangkan kes berkenaan adalah serius.

“Masalah berkaitan dadah sudah berlaku sekian lama di negara kita dan walaupun banyak akta dan pindaan yang dibuat, masih ada yang memilih laluan ini.

“Jika dadah ini berada di pasaran, berapa ramai masyarakat kita akan terjerumus dalam najis dadah dan saya harap kamu insaf serta tidak mengulangi kesalahan sama apabila keluar penjara kelak,” katanya. – BH Online

Tags: Penganggurtali gantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd