• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Miliki Dokuman Berkaitan Daesh

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki 40 gambar, 63 video dan 15 salinan dokumen berkaitan dengan kumpulan pengganas, tahun lepas.

Muhammad Aabid Zarkasi, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tertuduh didakwa memiliki 39 keping gambar, 13 salinan dokumen dalam bentuk PDF dan 53 video yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu turut mengaku tidak bersalah memiliki sekeping gambar, dua salinan dokumen dalam bentuk PDF dan 10 video berkaitan kumpulan Daesh di dalam sebuah pemacu pena (pendrive) miliknya.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Maju 3, Taman Serai Maju, Bagan Serai, Kerian, Perak Darul Ridzuan, pada 11.05 malam, 8 Sept 2017.

Pendakwaan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut subseksyen 130JB(1) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan-bahan tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala peguam, Mohd Izhar Ahmad Azmi mewakili tertuduh. Mahkamah menetapkan 6 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: DaeshPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sim Tze Tzin, Maria Chin Bebas Tuduhan Protes #Kitalawan

Next Post

MARA Diberi Tempoh 7 Hari, Tamat Kontrak Pengendali Makanan MRSM Taiping

Related Posts

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

14/11/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Next Post

MARA Diberi Tempoh 7 Hari, Tamat Kontrak Pengendali Makanan MRSM Taiping

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd