Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Kekal Hukuman Bekas...

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkmah Sesyen...

iPhone 6 Dan iPhone...

Apple secara rasminya memperkenalkan dua telefon pintar baru di bawah keluarga iPhone, iaitu...

Masyarakat Orang Asli Sambut...

TAPAH - "Penganjuran MSAM 2016 memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli membuka akaun...

Curi, Pajak Cincin Emas...

SEGAMAT - Helah seorang lelaki dengan mendakwa rumah dipecah masuk sehingga cincin emas...

Penang Sentral Dijangka Dibuka Akhir Tahun Ini

BUTTERWORTH – Fasa pertama Penang Sentral, satu-satunya projek Pembangunan Berorientasi Transit (TOD), terletak di Butterworth di sini dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang Disember tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, fasa pertama Penang Sentral ini akan dijadikan sebagai terminal untuk bas awam dan perantaraan dalam bandar dan secara fizikalnya akan dihubungkan ke stesen kereta api Butterworth dan terminal feri Pulau Pinang.

“Ini satu lagi langkah ke hadapan bagi pembangunan pengangkutan awam di negara ini. Penang Sentral adalah bahagian yang bersepadu bagi menghubungkan antara perkhidmatan bas, kereta api dan feri.

“Kami gembira mendapat tahu Penang Sentral akan siap untuk dibuka, yang mana ia akan melangkau ke era baru yang lebih baik bagi kemudahan pengangkutan awam di Pulau Pinang dan wilayah utara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Penang Sentral di sini hari ini.

Penang Sentral, yang diilhamkan mengikut model KL Sentral CBD di Kuala Lumpur, terdiri daripada bangunan lima tingkat yang di dalamnya terdapat kaunter tiket bas, 38 ruang terminal bas, 55 buah kedai dan satu tempat makan serta 577 ruang letak kereta.

Chow berkata, dengan hab bersepadu untuk pengangkutan awam di Pulau Pinang ini, beliau berharap pihak yang berkenaan akan memperbaiki perkhidmatan feri dan kereta api.

“Saya rasa perkhidmatan feri perlu diperbaiki dan ada cakap-cakap untuk memperkenalkan perkhidmatan katamaran dan rel untuk kekerapan ke Pulau Pinang dan wilayah utara, yang boleh diperbaiki lagi terutama perkhidmatan komuter, contohnya, bagi Butterworth ke Alor Setar. Butterworth ke Kamunting sudah pasti menjadikan perjalanan di wilayah utara dengan pengangkutan awam lebih mudah,” katanya.


Mengenai perkhidmatan skycab, Chow berkata terdapat beberapa lokasi dicadangkan untuk stesen skycab dan syarikat yang terlibat Penang Sentral Sdn Bhd, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), akan sentiasa melihat kewajarannya dalam perancangan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (Harta) MRCB, Shireen Iqbal berkata komponen pembangunan Penang Sentral mengandungi tujuh fasa dan buat masa sekarang tiga fasa masih dalam pembinaan merangkumi mall perniagaan, bangunan pejabat dan hotel dijadual siap pada 2030 manakala fasa akan datang akan merangkumi servis apartmen, SOHO (pejabat kecil rumah kecil) dan pembangunan komersial.

Beliau berkata, fasa pertama Penang Sentral yang merangkumi hab transit telah pun siap dan kini dalam proses ujian, penyelarasan dan penyepaduan bagi semua sistem bas untuk memastikan ia siap sedia sepenuhnya sebelum dibuka kepada orang ramai.

“Kapasiti buat masa sekarang dalam 2,500 ke 3,000 orang sehari. Dengan sistem penuh bersepadu ini kami menjangka akan mudah mencapai 3,000 hingga 4,000 orang sehari. Keseluruhan bangunan sudah siap. Kita tak nak orang beli tiket salah bila kita lancar nanti. Kita tak nak ada gangguan selepas dilancar, kita tak nak susahkan awam,” katanya dan menambah bahawa MRCB melabur kira-kira RM230 juta untuk projek ini. – BERNAMA

Kategori