• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pen. Jurutera Mengaku Tidak Bersalah Seleweng Kontrak JBALB

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang penolong jurutera hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah terhadap enam tuduhan penyelewengan membabitkan kontrak bernilai RM40,000 sepanjang tahun 2016.

Tertuduh Jamal Abdullah, 48, penolong jurutera di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Kuching didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 24 Sept depan untuk pengurusan kes dan tarikh perbicaraan kes dari 29 Okt sehingga 2 Nov 2018.

Beliau kemudian membebaskan tertuduh dengan ikat jamin berjumlah RM25,000 dengan dua penjamin tempatan berasal dari Kuching, yang pendapatan mereka tidak kurang daripada RM3,000.

Nixon turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada pihak mahkamah.

Jamal, yang diwakili peguam Francis Wee. dituduh menyalahgunakan kedudukannya bagi membolehkan kontrak kerja penyelenggaraan dan membaiki fasiliti pembekalan air paip dan loji rawatan air di kawasan Bau, Lundu dan Sematan dianugerahkan kepada syarikat-syarikat milik anggota keluarganya. – BERNAMA

Tags: penolong juruteraPenyelewengan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

“Kami Akan Keluarkan Buku Hukum Hakam Penyelewengan Dan Khianat” – Mufti Wilayah

“Kami Akan Keluarkan Buku Hukum Hakam Penyelewengan Dan Khianat” – Mufti Wilayah

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan buku berkenaan hukum hakam penyelewengan dan khianat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd