• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf Didenda RM5,000

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf Bangsar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana gagal melaporkan butir-butir penggajian dua pekerja warga asingnya.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Intercompass Sdn Bhd, pemilik restoran itu, selepas pengarahnya Muhamad Rizal Abd Rahman, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang mewakili syarikat itu, mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 bagi setiap pertuduhan dan turut memerintahkan waran levi dikeluarkan sekiranya OKS gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua syarikat itu didakwa sebagai majikan kepada C. Suresh dan K. Rajalingam kedua-duanya warganegara India berumur 30 tahun telah gagal melaporkan butir-butir tentang penggajian pekerja asing kepada Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang terdekat dalam tempoh 14 hari setelah pengambilan pekerja-pekerja asing tersebut.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di PTK Tingkat 9, Menara Perkeso Jalan Ampang di sini pada 11 pagi ,22 Jan lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 60K(1) Akta Kerja 1955 dan majikan boleh dihukum di bawah Seksyen 60K(5) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000.

Terdahulu Pegawai Pendakwa JTK dari Wilayah Persekutuan Mohd Dzahiruddin Mat Salleh@Ismail memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, Muhamad Rizal yang tidak diwakili peguam memohon denda minimum.

Mengikut fakta kes, JTK telah membuat pemeriksaan di Pejabat Tenaga Kerja, Menara Perkeso terhadap syarikat tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati syarikat itu telah gagal melaporkan butir-butir tentang penggajian pekerja asing di pejabat PTK yang terdekat dalam tempoh 14 hari selepas pengambilan dua pekerja asing itu.​​​​​​​​​​​​​​ – BERNAMA

*Sekadar Video HIasan..

Tags: dendarestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd