Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Kagum Malaysia...

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi kagum dengan langkah dan kaedah yang digunakan Malaysia...

PBB Tak Cukup Wang...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mungkin tidak cukup wang untuk membayar...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini susulan kadar...

SPRM, Polis Labuan Rangka...

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis Labuan bersetuju untuk membentuk...

Pelancong Jepun Meninggal Dunia Ketika Mandi

LANGKAWI – Seorang pelancong Jepun meninggal dunia akibat mengalami masalah jantung ketika mandi di Pulau Payar, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Yoshito Shiba, 47, berasal dari Nagano, Jepun, dilaporkan sedang mandi bersama tiga saudaranya di pulau itu sebelum mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan polis mendapati mangsa yang bekerja sebagai tukang kebun di negaranya menginap di sebuah hotel di Pantai Chenang di sini, berkunjung ke Pulau Payar tengah hari semalam.

“Mangsa bersama tiga saudaranya pergi ke Pulau Payar untuk mandi-manda sebelum dia dilaporkan mengalami sesak nafas menyebabkan dia naik ke darat untuk berehat.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Kuah menggunakan feri, keadaan mangsa semakin serius dan dia terpaksa diberi bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, sejurus tiba di jeti Kuah mangsa tidak sedarkan diri dan orang awam menghubungi pihak Hospital Langkawi (HL) bagi mendapatkan bantuan ambulans.


“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh kakitangan HL yang memeriksa keadaannya dan mayat dihantar ke Unit Forensik HL untuk bedah siasat.

“Bedah siasat yang dilakukan malam tadi, mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori