• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar TKC Menang 4 Emas Di WICO 2018, Korea Selatan

oleh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Meja kuasa solar rekaan pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) berjaya memenangi pingat emas pada World Invention Creativity Olympics (WICO) 2018 yang berlangsung di Seoul dari 2 hingga 4 Ogos.

Turut memenangi pingat emas ialah self watering kit untuk tanaman dalam rumah seperti daun pudina dan daun selasih; teh dalam bentuk pil sebesar Paracetamol untuk pengembara; dan baju renang yang tidak mengikut bentuk badan apabila basah yang direka oleh pelajar Tingkatan 2 dan Empat TKC.

Keempat-empat rekaan berkenaan dihasilkan oleh 11 pelajar TKC yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Mereka mengalahkan peserta dari 20 negara lain.

Pelajar TKC Nur Aqueelah Ramli, 14, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejurus tiba dari Korea Selatan berkata, meja kuasa solar yang dicipta bersama rakannya Khairina Iwani Mohd Nor, 16, dikenali sebagai Savoiur of The Sun: The 21st Century Interactive Table.

Katanya, ketika hendak berlepas ke Seoul pada 29 Julai, syarikat penerbangan memaklumkan meja tersebut tidak boleh dibawa ke dalam penerbangan.

“Tanpa membuang masa, saya bersama rakan sepasukan menghasilkan video pengenai penggunaan dan kelebihan meja tersebut di lapangan terbang.

“Pada hari pertandingan kami berdua membuat presentation kepada juri mengenai kelebihan meja berkenaan selain menunjukkan video yang dihasilkan di lapangan terbang,” kata Nur Aqueelah.

Jelasnya, meja berkenaan perlu dijemur di bawah panas terik matahari selama tiga jam di mana panel kawalan solarnya akan memindahkan tenaga kepada alat seperti bateri kereta yang dikenali sebagai ‘batery storage’.

Pelbagai gajet seperti telefon pintar dan ipad boleh dicas di atas meja itu.

Kepulangan 11 pelajar TKC di klia2 hari ini disambut oleh dua orang guru dan 15 pelajar TKC yang menyanyikan lagu kolej ketika mereka keluar dari balai ketibaan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd