• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Syarikat Ditahan Berhubung Kes Hilang 28 Tablet

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pekerja Syarikat Kilang Yamaha Electronic Manufacturing (M) Sdn Bhd ditahan selepas dipercayai terlibat kes kecurian sebanyak 28 buah tablet milik syarikat itu dengan anggaran kerugian RM58,800 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Botani, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata tangkapan dibuat terhadap lelaki berumur 42 tahun selepas pihak pengurusan syarikat berkenaan melaporkan kehilangan kesemua tablet jenis Acer Aspire Switch 10 berwarna hitam dari stor syarikat itu, pada 17 Ogos lepas.

“Ketika serbuan di pangsapuri suspek itu, anggota polis dari cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh merampas sebuah tablet serta menemui tiga keping resit jual beli di sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Kampar, Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, beliau berkata polis turut menahan teman wanita suspek berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam urusan menjual atau membeli tablet berkenaan selain membuat rampasan sebanyak tujuh buah tablet di perkarangan IPD Ipoh.

“Teman wanita suspek tinggal serumah dan telah datang ke balai untuk menyerahkan tablet itu setelah dipanggil polis,” katanya sambil menambah wanita itu telah dilepaskan dengan jaminan polis semalam.

Mohd Ali berkata kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala suspek lelaki kini direman bermula Selasa lepas sehingga esok. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes CuriPekerja Kilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

Pekerja Kilang Terbabas Sendiri, Maut Dilanggar Motosikal Lain

Pekerja Kilang Terbabas Sendiri, Maut Dilanggar Motosikal Lain

19/12/2024
0

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang gagal maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd