• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Am Rugi RM15,000 Ditipu Syarikat Pinjaman Tak Wujud

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pekerja am mendakwa kerugian RM15,000 selepas diperdayakan oleh sebuah syarikat pinjaman wang tidak wujud, tiga kali ganda daripada nilai wang yang mahu dipinjamnya, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata wanita berumur 24 tahun itu mendakwa mahu meminjam RM5,000 daripada ‘syarikat’ berkenaan selepas dihubungi seorang lelaki bagi memaklumkan kelayakan pinjaman pada 31 Julai lalu.

“Pada asalnya, mangsa mahu meminjam RM3,000 namun dimaklumkan pakej itu telah habis menyebabkan dia menukar ke pakej pinjaman RM5,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM161 bagi tempoh tiga tahun.

“Mangsa kemudiannya diminta untuk memasukkan sejumlah wang tunai, atas pelbagai alasan seperti bayaran pentadbiran sebelum pinjaman dapat dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya mangsa mendakwa telah memasukkan wang tunai sebanyak 11 kali ke dalam akaun yang diberikan lelaki itu bermula 31 Julai hingga 3 Ogos lepas, namun tidak menerima pinjaman wang RM5,000.

Mohd Wazir berkata ​​​​​​​mangsa hanya menyedari ditipu selepas lelaki itu memintanya untuk membuat pinjaman dengan Ah Long atau melakukan pajakan kereta.

“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera semalam kerana bimbang jika dokumen peribadinya disalah guna, selain risau akan keselamatan diri dan keluarganya,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipupekerja am
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd